Malam itu,
tiba tiba,
hati saya berasa seperti ada letusan yang maha kuatnya meletup didalam jiwa saya rasa seperti mahukan sesuatu, tapi saya tidak tahu langsung apa sebenarnya yang menyebabkan jiwa saya meletus seperti itu. kalau mahu kata kerana catan saya yang bertajuk ‘multilateral coffee’ yang terpampang besar besar di dinding ruang tamu, saya rasa bukan. saya menyangkal sekeras kerasnya ini disebabkan oleh kenaikan harga barang sehingga masyarakat di alam bunian pun naik marah. saya tidak mahu pandai pandai berbicara tentang ini, oleh itu saya tinggalkan perkara ini kepada yang lebih arif, pengarang blog otak dan jantung contohnya.
saya segera keluar dari rumah sewa saya yang maha besarnya mana manalah tahu kan jumpa jawapan yang saya cari cari sejak sebentar tadi. sebelum saya keluar, sempat juga saya berpesan kepada rakan saya yang besar badannya dan acah acah forever alone supaya jangan habiskan mister potato yang saya baru beli dari petang tadi.
VROOM!!VROOOM!!
Ngauman dari ekzos sang Lucy sedikit sebanyak menyebabkan gempita diseluruh puncak alam. saya perlu hilang dengan pantas kerana takut takut ada agensi keselamatan negara saya datang menyerbu saya sebelum saya sempat keluar jalan jalan mencari jawapan.
sedang saya menunggang si Lucy pada kelajuan yang rendah saya ada dengar bunyi syaitan yang seperti semakin hampir dengan saya. saya cuak. Bila saya toleh, rupa rupanya ada sekumpulan mat rempit dilengkapi motosikal jenama modenas tah apa apa yang saya percaya sistem peredam bunyinya sudah diubah suai kepada bunyi seperti babi mengerang. Saya biarkan saja mereka memintas saya kerana sekiranya saya perlu ber’racing’ dengan mereka sudah pastinya dapat saya tinggalkan mereka bertiang tiang in no time.
semasa menunggang, saya ternampak sebuah tempat barter yang ramai orang didalamnya sedang berdagang. Pihak syaitan juga tidak missed a chance untuk menghasut saya untuk singgah sebentar disitu. Maafkanlah saya kerana ikutkan saranan saitan sememangnya saya agak mudah terpengaruh dengan agenda barat, nafsu dan cinta.
di dalam bangunan itu, memang banyak manusia yang sudah terdoktrin supaya membeli barang diawal bulan. saya agak ini adalah suatu ibadah bagi mereka. saya ada terlihat di satu seksyen dimana ada ramai orang berkumpul malah berpusu pusu kesitu. saya berasa in doubt kerana apalah mereka bertindak sedemikian rupa. rupa rupanya bila saya dekati, ialah coklat ketberi sedang dijual murah murah disitu. saya begitu hairan dengan keadaan ini kerana from my view on internet, ramai juga yang mencemuh cokelat keluaran ketberi tak lama dulu kerana berita dari Majlis Ustad Bias Negara yang mengatakan cokelat ketberi mengadungi lemak khinzir. tidak mempedulikan seksyen itu lagi, saya keluar dari bangunan itu dengan langkah bergaya sambil ditemani dua peket coklat jenama ustad. saya beli kerana mereka dari awal awal lagi sudah kata coklat mereka sudah dibacakan bacaan 30 juzuk al-Quran yang power.
sesampainya rumah, dan masih dalam tanda tanya apakah yang meyebabkan jiwa saya tidak keruan sebegini. sambil meratah cokelat ustad yang saya beli baru tadi. saya melayari twitter dan instagram. slaid slaid, tiada apa yang best.
sehinggalah satu notification muncul dari akaun twitter saya. saya dapati dia seorang gadis yang mulus dan rupawan melalui gambar di akaunnya. walaupun sebenarnya ia lebiah banyak dipenuhi dengan imej dininding berwarna kuning. di cover photonya pula ada gambar zirafah. comel betul. okey, biarlah saya berterus terang. sebenarnya dia adalah crush saya. tiba tiba hati saya rasa seperti mahu meletus lagi. kali ini lebih kuat dari sebelumnya. 10 minit masa diambil untuk rasa itu hilang. kini saya tahu letusan itu adalah letusan cinta di dalam hati saya sudah lama dont give any fuck on any love thing. dan kini juga saya tahu yang kamu memang tengah bengang kerana terpaksa baca panjang panjang cerita ini.
Macam jilaka
LikeLike